Wednesday, June 29, 2011

Mungkin ini calon suami yang akan ku pilih. :)

 Soalan yang biasa kita dengar.... "Apa ciri2 lelaki yang kau pilih utk dijadikan teman hidup?" 
& jawapan yang biasa kita akan dengar... "bertanggungjawab, beriman, kacak, sayang aku, & paling penting berharta... ye la... takkan lepas kahwin nanti nak makan pasir kan..."

hmm...

itu hak individu utk menentukan calon yang mereka akan pilih utk melayari bahtera alam perkahwinan yang indah... apa yang diharapkan mestilah yang terbaik... kerana perkahwinan itu adalah sesuatu yang besar & berat bagi seorang wanita.... Sekali dalam hidup kan.... Pastilah kita mau calon yang betul-betul bermutu nak dibuat suami seumur hidup...

hmm....

kalau dulu orang tanya aku soalan ni... jawapan yg aku bakal beri lebih kurang sama je dengn ayat kat atas 2... standard la kan.... tapi bila da makin dewasa & fikiran lebih matang ni... baru aku sedar.... apa pilihan yang patot aku buat.... Aku mencari suami... bukan teman lelaki... Aku mencari....

Aku mencari imam yang boleh mengimamkan solatku...
Aku mencari guru yang boleh mendidikku...
Aku mencari polis yang boleh melindungiku...
Aku mencari hakim yang boleh adil kepadaku..
Aku mencari khalifah yang boleh menjaga kehormatanku...
Aku mencari hati yang boleh menyayangiku...

Selain itu... Kalian juga patot tahu bahawa...

Aku tak mencari pria yang kacak di pandangan mata orang... cukuplah sekadar penyejuk mataku memandang....
Aku tak mencari pria yang telalu berharta... cukuplah bersederhana di dalam kewangannya...
Aku tak mencari pria yang popular di dunia... cukuplah dia dikenali oleh jiran tetangganya...
Aku tak mencari pria yang berbangga dalam sdekahnya.... cukuplah dengan menyorokkan tangan kiri tatkala menghulurkan tangan kanannya...
Aku tak mencari pria yang bangga dengan kejayaanya... cukuplah dia diteladani tanpa pengetahuannya...

Pasti kalian juga ingin tahu mengapa aku tidak mencari calon seperti yang tertera di atas tu...

Pertama... jika dia kacak di mata orang... akan terlalu banyak mata memandang hingga boleh menggugat kesetiaannya kepadaku...
Kedua.... jika dia terlalu berharta... takut jika dia membelanjakan wangnya ke jalan yang salah & dia bakal menjadi seorang yang tamak utk mengejar kekayaan dunia...
Ketiga.. jika dia popular di dunia... mungkin dia bakal melupakan jiran tetangga yang dekat dengannya... 
Keempat... jika dia memberitahu akan kebaikannya dalam sedekah jariah... aku bimbang akan timbul riak di hatinya...
Kelima... jika dia terlalu di agungi dengan kejayaannya... risau jika takbur menyelebungi dirinya...

Wahai calon suamiku yang terpilih.... di dalam semua syarat yang aku kenakan ke atas mu.... Ada 1 perkara yang kamu harus tahu.... iaitu....

CINTA MU KEPADA ALLAH HARUSLAH MELEBIHI CINTA MU KEPADA KU.....

2 comments:

Sher said...

uuuu. jiwang. hehe. :P

Shahidah Aishiteru said...

hahahaha.......... bile lagi nak jadi jiwang an.. hehehehh. :D